09 Jan 2015 berlangsung Majlis Bicara Profesional
iaitu amanat ketua Jabatan Penceahan Jenayah dan Kesalamatan Komuniti
(JPJKK) Yang Dihormati (YDH) ACP Che Man Bin Md Dros. Majlis yang
diadakan di Dewan Mess Pegawai Kanan Negeri Sembilan yang dihadiri
seramai 227 anggota termasuk pegawai Sukarelawan Polis Negeri Sembilan.
Dalam ucapan tersebut, ACP Che Man Bin Md Dros mengingatkan agar anggota
sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan sentiasa fokus dan komited dalam
melaksanakan tugas dan hendaklah sentiasa mengekalkan semnagat kepolisan dalam
jati diri masing-masing. Pada majlis tersebut turut dilancarkan kutipan
tabung bantuan bencana banjir Pantai Timur yang dirasmikan oleh
YDH, ACP Che Man Bin Md Dros. Dalam kutipan tersebut Sukarelawan Polis
Kontinjen Negeri Sembilan berjaya mengutip sebanyak RM 1,210.00. Duit kutipan
tersebut diserahkan sendiri oleh Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri
Sembilan YDH Supt/SP Tn Haji Ahmad Shafaie Bin Haji Ahmad. kepada
YDH, ACP Che Man Bin Md Dros sebagai wakil Kontinjen Negeri Sembilan.
RUJUK GALERI KOMANDAN >>> SILA KLIK
No comments:
Post a Comment