"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ANGGOTA YANG TERLIBAT

  








ASSALAMUALAIKUM &SALAM 1PASUKAN

         Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat dan inayah-Nya, berjaya juga program yang kita jalankan bersama masyarakat pada tempoh hari (26.06.14). Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota , penyelia, pegawai-pegawai dan  terutama anggota pembantu tadbir Pejabat Komandan kerana terlibat dalam menjayakan program gotong royong dan majlis bacaan yasin & tahlil sempena menyambut bulan ramadhan buat tahun 2014 bersama komuniti masyarakat Kampong Sendayan dan ahli kariah
.
 Seperti yang kita sedia maklum, Ini merupakan program yang kedua setelah Pertandingan Bowling Piala Komandan Sukarelawan Polis tempoh hari yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan buat tahun ini.  Insyaalah program seterusnya akan dilaksanakan  iaitu Majlis Jamuan Hari Raya dan Anugerah Perkhidmatan  Anggota Cemerlang bagi menghargai sumbangan bakti anggota kepada pasukan

      Saya juga ingin mengambil  kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato, Datin, Tuan, Puan dan hadirin sekalian kerana  sudi turut sama dalam majlis yang  sungguh mulia pada tempoh hari . Di kesemaptan ini saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan mudahan Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu,Amin

Sekian.

SUPT / SP AHMAD SHAFAIE BIN AHMAD
KOMANDAN SUKARELAWAN POLIS NEGERI SEMBILAN


No comments:

Post a Comment