"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

MAJLIS BICARA PROFESIONAL

09 Jan 2015 berlangsung Majlis Bicara Profesional  iaitu amanat ketua Jabatan Penceahan Jenayah dan Kesalamatan Komuniti  (JPJKK) Yang Dihormati (YDH)  ACP Che Man Bin Md Dros.  Majlis yang diadakan di Dewan Mess Pegawai Kanan Negeri Sembilan yang dihadiri seramai  227 anggota termasuk pegawai Sukarelawan Polis Negeri Sembilan. Dalam ucapan tersebut, ACP Che Man Bin Md Dros mengingatkan agar anggota sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan sentiasa fokus dan komited dalam melaksanakan tugas dan hendaklah sentiasa mengekalkan semnagat kepolisan dalam jati diri masing-masing. Pada majlis tersebut turut dilancarkan kutipan tabung bantuan  bencana banjir Pantai Timur yang dirasmikan oleh  YDH, ACP Che Man Bin Md Dros. Dalam kutipan tersebut Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan berjaya mengutip sebanyak RM 1,210.00. Duit kutipan tersebut diserahkan sendiri oleh Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan YDH Supt/SP Tn Haji Ahmad Shafaie Bin Haji Ahmad. kepada  YDH, ACP Che Man Bin Md Dros sebagai wakil Kontinjen Negeri Sembilan.







RUJUK GALERI KOMANDAN >>> SILA KLIK

No comments:

Post a Comment