"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

"Rintihan Kembara Kasih" IPD SEREMBAN BERSAMA SUKARELAWAN POLIS DAERAH SEREMBAN



Seremban, 17 Ogos 2017 - Telah berlangsung Majlis Program Tahunan Sukarelawan Polis Balai Polis Seremban 2, Daerah Seremban dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban iaitu "Rintihan Kembara Kasih", bertujuan membantu dan memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik yang telah berlangsung di No, 10-3-7 Flat Cempaka J, Jalan s2g5, Garden Avenue Seremban 2.


Majlis telah disempurnakan oleh Supt Sulizmie Affendy Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban merangkap Pemangku Ketua Polis Daerah Seremban.  Sumbangan berupa barangan runcit dan juga wang tunai serta lain lain sumbangan keperluan asas telah diberikan kepada Mohd Zamri bin Abu Kamit umur 41 tahun, yang bekerja sebagai Security di Pasaraya AEON Seremban 2.


Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah dan penuh bermakna kepada tuan rumah kerana rombongan IPD seremban bersama-sama menjamu selera (makan malam) dikediaman mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Silatulrahim selaras dengan tema hari polis iaitu "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada".











No comments:

Post a Comment