"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Amanat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan






16 September 2017 telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan (JPJKK) di Dewan Serbaguna SSPDRM KOntinjen Negeri Sembilan. Kehadiran pegawai dan anggota daripada pelbagai daerah adalah seramai 128 orang . Amanat ini merupakan yang pertama  kali disampaikan oleh ketua Jabatan JPJKK iaitu Yang Dihormati ACP Samad Bin Yahya setelah beliau menyandang jawatan ketua Jabatan. Beliau menyatakan kepada para pegawai SSPDRM agar sentiasa memantau dan menyelia anggota dibawah jagaan masing-masing agar sentiasa mengikut dasar-dasar pucuk pimpinan PDRM yang tertinggi. Pegawai SPDRM juga diingatkan agar sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat dan dasar-dasar daripada pucuk pimpinan PDRM dan menyampaikan kepada anggota dibawah jagaan masing-masing.



Yang Dihormati Komandan Supt/SP Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad   mengucapkan tahniah kepada Yang Dihormati ACP Samad Bin Yahya  diatas kenaikan pangkat dan merupakan bapa kepada SSPDRM Negeri Sembilan. Komandan mengaharapkan agar ACP Samad dapat memberi  tunjuk ajar dan didikan kepada SSPDRM Negeri Sembian. ACP Tuan Samad turut menandatangani buku pelawat Pejabat Komandan dan melihat kawasan persekitaran dalam pejabat Komandan serta Pejabat SPDRM daerah Seremban. 

No comments:

Post a Comment