"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Latihan Menembak Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan




25 Nov 2017 telah diadakan latihan menembak  Revolver 1.8 bagi peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di Lapang Sasar Mantin. Seramai 90 Anggota SSPDRM pelbagai daerah seperti daerah Kuala Pilah, Daerah Port Dickson, Daerah Tampin, Daerah Seremban, dan Daerah Jempol hadir untuk latihan tersebut. Komandan SPDRM Supt/SP Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad mengucapkan tahniah kepada para pegawai dan anggota diatas kesungguhan dalam mengasah kemahiran menembak. Komandan mengucapkan terima kasih kepada pihak bahagian persenjataan IPK Negeri Sembilan kerana member peluang kepada para anggota SPDRM Negeri Sembilan untuk menjalani latihan tembak dan tidak lupa juga kepada para pegawai dan anggota Pejabat Komandan yang menjadi tulang belakang didalam program ini agar program berjalan lancer.

Dalam Latihan menembak yang berlangsung Yang Dihormati ACP Samad Bin Yahya, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti turut hadir dan sudi menjalani latihan tembak bersama para anggota SSPDRM Negeri Sembilan.  Beliau juga mengingatkan anggota SPDRM agar sentiasa mengambil langkah keselamatan didalam penggunaan senjata api ketika melakukan penugasan agar tidak berlaku sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment