"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Program Community Policing Gotong Royong




03 Februari 2018 telah berlangsung Program Gotong Royong anjuran bersama  Sukarelawan Simpanan Polis Negeri Sembilan (SPDRM),JKK Masjid Kariah Felda Sendayan,JKK Felda Sendayan, Kelab Belia Sukan Sendayan dan SWM Corporation serta penduduk kampung pelbagai bangsa di Felda Sendayan Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan merupakan saranan Pucuk pimpinan tertinggi PDRM iaitu Community Policing selaras dengan slogannya “Polis dan Masyarakat berpisah tiada”


Komandan SPDRM Kontinjen Negeri Sembilan Supt/SP Tuan Haji Shafaie Bin Haji Ahmad berkata Gabunggan bebarapa Badan NGO dan kerajaan  dalam melaksanakan sesuatu program merupakan suatu  strategi kreatif dan bersistematik dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan menggunakan kos yang sedikit dan mutu nilai kerja yang tinggi, sebagai contoh aktiviti gotong royong yang berlangsung kita libatkan pihak SWM maka kos untuk menyewa lori dan kepakaran didalam sisa pepejal dapat diatasi maka berlaku pengurangan kos, inilah yang disebutkan sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS) sebagaimana pendekatan yang disarankan oleh YAB Perdanan Menteri Dato Seri Najib Tun Razak 


Didalam Program tersebut Yang Dihormati ACP Samad Bin Yahya Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan turut hadir bersama dan telah merasmikan program penutup  Community Policing di Kampung Felda Sendayan. ACP Samad juga menyarankan agar masyarakat tidak kira bangsa lebih peka serta bersama-sama dengan polis bagi membantu dan membanteras jenayah . Pendekatan yang dibuat oleh Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan merupakan suatu perkara yang terpuji kerana menjadikan Masjid Felda Sendayan sebagai Masjid angkat SPDRM . SPDRM  merupakan mata dan telingan PDRM dalam sama-sama membantu membanteras jenayah serta medium bergerak dalam menyampaikan dasar-dasar PDRM kepada masyarakat.















No comments:

Post a Comment