"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Mesyuarat Penyelarasan SSPDRM Kontinjen Negeri Sembilan Bersama Ketua Jabatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan



29 Januari 2018 berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Mesyuarat Penyelarasan SSPDRM Kontinjen Negeri Sembilan Bersama Ketua Jabatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan (JPJKK ). Di dalam mesyuarat tersebut Tuan ACP Samad Bin Yahya telah mempengerusikan mesyuarat. Didalam mesyuarat tersebut pegawai Turus Dan Koordinasi Sumber Sokongan  Yang Dihormati Tuan Chang dan Tuan Ikbal turut hadir. KSPD setiap daerah turut dipanggil didalam mesyuarat tersebut bagi membincangkan permasalahan dan perancangan masa hadapan SPDRM Kontinjen Negeri Sembilan. Yang Dihormati Komandan SPDRM Supt/SP Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad telah membentangkan laporan pentadbiran dan pengurusan  serta hal-hal kebajikan anggota SSPDRM didalam mesyuarat tersebut.
Tuan ACP Samad menyatakan mesyuarat yang berlangsung telah memberi suatu kemudahan dalam menyelesaikan perkara yang berbangkit. Beliau juga turut menyarankan perlu dibuat mesyuarat seperti ini sekurangnya 3 bulan sekali agar kawalan dan permasalahan yang berlaku di SSPDRM Negeri Sembilan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment