"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Majlis Jasamu Dikenang







27 Oktober 2018 bertempat di Hotel Sutera Seremban 2 telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan dan memberi penghormatan kepada semua pegawai dan anggota Sukarelawan Polis di Kontinjen Negeri Sembilan. Seramai 120 orang turut hadir didalam majlis tersebut yang terdiri daripada pesara – pesara Sukarelawan Polis , pegawai- pegawai  serta anggota Sukarelawan Polis yang dinaikkan pangkat.






                                      click more picture <<< Galeri Komandan >>>

Didalam majlis tersebut terdapat beberapa anugerah diberikan kepada pegawai dan anggota diantaranya Anugerah Komandan, Anugerah KSPD Terbaik,Anugerah Penyelia Terbaik,Anugerah Pegawai dan Anggota Terbaik. Didalam majlis tersebut Supt/SP Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan  iaitu Tuan Haji Safaie Bin Haji Ahmad turut sudi memberikan cendermata kepada para pesara yang hadir pada malam itu sebagai tanda kenangan dan menghargai jasa mereka.

No comments:

Post a Comment