"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Majlis Persaraan Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan





21 Januari 2018 Jam 8.00 Malam di Dewan Restoran Oriental City Park Seremban 2 telah berlangsung Majlis Makan Malam Persaran Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Negeri Sembilan Yang Dihormati (YDH) Supt/SP Tuan Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad. Majlis yang diadakan dengan penuh bernilai dan bermakna turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Penceahan jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Yang Dihormati ACP Tuan Samad Bin Yahya serta Pegawai-pegawai kanan JPJKK dan Pegawai pegawai  dan angota SSPDRM.


Pada Malam tersebut YDH ACP Samad  turut memberikan ucapan terima kasih diatas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan kepada PDRM. Khidmat bakti serta kudrat yang diberikan kepada PDRM hanya Allah yang dapat membalasnya. Beliau turut mengingatkan para pegawai dan angota SSPDRM agar sentiasa peka dan bersiap sedia dalam melakukan tugasan. Semangat cintakan Negara dan semangat kesukarelaan YDH Komandan haruslah dicontohi oleh semua anggota SSPDRM.



Pada malam tersebut YDH DSP/SP Tuan Loh Wai Leong selaku Pengerusi Perlaksana Majlis telah memberikan ucapan penghargaan kepada YDH Komandan diatas khidmat bakti kepada pasukan selama 32 Tahun berkhidmat.






Pada malam tersebut sebelum makan malam bermula Jawatankuasa pelaksana turut melakukan  gimik dengan memancar rakaman tribute kenangan- kenangan bersama YDH Komandan didalam pasukan SPDRM. Ydh Komandan turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada PDRM diatas memberi kepercayaan tangungjawab dalam memimpin pasukan SSPDRM. Beliau berasa syukur sepanjang pentadbiran beliau anggota SSPDRM  Negeri Sembilan tidak pernah sama sekali melakukan tindakan diluar jangkaan dan semuanya mengamalkan sikap  hormat menghormati  didalam pasukan. Akhir kata beliau diharapkan kepada komandan baru yang mengantikan tempat beliau kelak dapat menyambung kesinambungan dan menambah baik pasukan SPDRM agar PDRM dapat terus di martabatkan dan dihormati dikaca mata masyarakat khas PDRM Di Negeri Sembilan ini.

1 comment:

  1. best bets week 15 nfl matchpoint matchpoint bet365 bet365 m88 m88 278Morongo Casino Discount Code 2021

    ReplyDelete