"SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE pejabatkomandan.ipksp@gmail.com"

Majlis Serah Terima Tugas Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan


22 Januari 2019, Jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna SSPDRM telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan diantara YDH Supt/SP Tuan Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad kepada YDH DSP/SP Tuan Loh Wai Leong. Majlis tersebut disaksikan oleh  Ketua Jabatan JPJKK Negeri Sembilan YDH ACP Tuan Samad Bin Yahya dan 70 orang anggota SSPDRM yang hadir dipelbagai daerah.



YDH ACP Tuan Samad Bin Yahya turut menyampaikan Sijil Pengharaan daripada PDRM kepada YDH Supt/SP Tuan Haji Ahmad Safaie. Beliau mengucapkan terima kasih diatas khidmat bakti yang diberikan oleh YDH Supt/SP Tuan Haji Ahmad Safaie dan berharap YDH DSP/SP Tuan Loh dapat menyambung kesinambungan kerja komandan sebelum ini dan menambah baik lagi perkhidmatan. Beliau turut mengingatkan kepada pegawai dan aggota SPDRM agar sentiasa menjaga disiplin dan berintegriti didalam menjalankan tugas kepolisan



YDH DSP/SP Tuan Loh Wai Leong selaku Komandan SSPDRM Negeri Sembilan turut memberikan ucapan sulung beliau dihadapan 70 orang yang terdiri daripada Pegawai dan angota SSPDRM. beliau mengingatkan para anggota agar sentiasa mengamalkan kerja yang berintegriti dan  menjaga maruah SSPDRM dan PDRM. Beliau berharap para pegawai dan angota SPDRM dapat memberikan kerjasama dan bersama-sama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan didalam pasukan SPDRM.

No comments:

Post a Comment